Cek & Ricek – Indonesia's Entertainment Leading

Sam Dlloyd men​ghembuskan nafa​s terakhir

JAKARTA 9 Jun – Selepas menderita penyakit barah paru-paru, vokalis utama kumpulan legenda Indonesia, D’Lloyd, Sam atau Syamsuar Hasyim, 64, meninggal dunia.

Sekalipun berhadapan dengan ujian berat itu, namun Sam yang menempa kemasyhuran di Malaysia sekitar tahun 1970-an, tidak pernah menjadikan kesakitan sebagai halangan untuk berkarya.

Allahyarham Sam dikenali sebagai seorang yang tidak pernah mengambil peduli soal kesihatannya dan sentiasa bersetuju untuk mengadakan persembahan biarpun menyedari kemampuannya semakin terbatas.

Pada 12 Mei lalu, Sam bersama-sama rakan D’Lloyd yang lain masih mampu beraksi di Johor Bahru, Malaysia.

Jadual seni mereka juga masih padat dengan empat lagi jadual konsert yang harus dipenuhi di tiga wilayah iaitu Indonesia Palembang, Jakarta dan Cirebon serta di Kuching, Sarawak (Malaysia).

Namun, awal pagi ini, Sam menghembuskan nafas terakhir di Hospital Islam Cempaka Putih di sini, setelah dirawat selama dua hari.

Menurut ketua kumpulan D’Lloyd, Bartje Van Hauten, keadaan Sam menjadi semakin kritikal sebaik pulang daripada mengadakan konsert di Johor Bahru.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120610/dn_05/Sam-D’Lloyd-meninggal#ixzz5c9wt7nek
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Comment